Sunday 31 May 2009

beristinjak

Soalan L4.1:
Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan menggunakan batu.
Jawapan:
Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.
Soalan L4.2:
Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air?
Jawapan:
Membasuh qubul dan dubur dengan air mutlak sehingga diyakini bersih

RUKUN IMAN

Soalan L3.1:
Sebutkan Rukun Iman satu persatu.
Jawapan:
Beriman kepada Allah.
Beriman Kepada Malaikat.
Beriman kepada Kitab.
Beriman kepada Rasul.
Beriman kepada Hari Akhirat.
Beriman kepada Qada dan Qadar.

Soalan L3.2:
Bagaimanakah anda beriman kepada Allah?
Jawapan:
Mengaku bahawa Allah SWT ada, dan melaksanakan perintahNya dengan sempurna.
Soalan L3.3:
Bagaimana anda beriman kepada;
Malaikat
Kitab
Rasul
Hari Akhirat
Qada dan Qadar

Jawapan:
Beriman kepada malaikat: Mempercayai bahawa malaikat dijadikan daripada nur (cahaya), tidak berjantina dan tidak bernafsu. Sentiasa taat menjalankan tugas yang ditentukan oleh Allah SWT.
Beriman kepada Kitab: ialah mempercayai bahawa Allah SWT telah menurunkan kitab-kitab kepada rasul-rasulNya. Kitab-kitab itu mengandungi petunjuk ke jalan yang benar.
Beriman kepada Rasul: Mengakui bahawa rasul-rasul itu pesuruh Allah, lekai-laki dan mendapat wahyu daripada Allah SWT untuk memimpin manusia ke arah kebenaran.
Beriman kepada Hari Akhirat ialah: Meyakini bahawa alam ini akan musnah, selepas itu manusia akan dihidupkan semula. Orang yang banyak amalan soleh ditempatkan di syurga. Orang yang engkar perintah Allah ditempatkan di neraka.
Beriman kepada Qada dan Qadar: Meyakini bahawa semua yang berlaku ke atas diri kita bahkan seluruh alam ini telah ditentukan oleh Allah

Soalan L3.4:
Apakah perkara-perkara yang boleh membawa kepada iman?
Jawapan:
Perkara-perkara yang boleh merosakkan iman ialah maksiat, khurafat, syirik, kufur dan ridah.

tayamum

Soalan A7.1:
Tunjukkan cara bertayamum dengan betul dan sempurna.
Jawapan:
Cara bertayamum ialah:
Menyediakan dan meratakan debu tanah di atas tempat yang disediakan.
Mengadap kiblat.
Membaca: Bismillah hirrahma nirrahim.
Menyebut lafaz niat tayamum seperti


Menepuk dua tangan ke debu dengan jari terbuka sambil berniat "sahaja aku bertayamum untuk mengharuskan solat Fardu kerana Allah taala" dan mengekalkan niat sehingga menyapu muka.
Menipiskan debu/ mengurangkan dengan meniup atau menengkuh kedua-dua tangan di luar tempat debu yang disediakan.
Menyapu debu kemuka.

Catatan:
Kawasan muka ialah dari gigi rambut ke bawah dagu dan dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri.
Membuangkan debu musta'mal yang masih melekat di tangan.
Menepuk kedua tapak tangan ke debu untuk kali kedua di tempat yang lain dengan jari terbuka, kemudian menipiskannya dengan cara meniup atau menengkuh kedua-dua tangan.
Menyapu tangan kanan dengan cara meletakkan jari tangan kiri selain ibu jari di bawah jari tangan kanan, kemudian melurutkan jari tangan kiri hingga ke pergelangan tangan kanan dan digenggam sedikit kemudiannya melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat.
Seterusnya melurutkan ibu jari kiri ke belakang ibu jari kanan.
Menyapu tangan kiri dengan cara meletakkan jari tangan kanan selain ibu jari di bawah jari tangan kiri. Kemudian melurutkan jari tangan kanan hingga kepergelangan tangan kiri, dan digengam sedikit kemudian melurutkannya hingga ke siku. Seterusnya dipusingkan tapak tangan ke bahagian dalam siku dan melurutkannya ke hadapan sehingga ke pergelangan tangan dengan kedudukan ibu jari masih terangkat. Seterusnya melurutkan ibu jari kanan di belakang ibu jari kiri.
Menyelati jari kanan dan kiri.
Soalan L2.1:
Sebutkan Rukun Islam satu persatu.
Jawapan:
Mengucap Dua kalimah Syahadah.
Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
Mengeluarkan zakat.
Berpuasa bulan Ramadhan.
Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

Soalan L2.2:
Huraikan Rukun Islam:
Mengucap Dua kalimah Syahadah.
Menunaikan Solat Lima Waktu sehari semalam.
Mengeluarkan zakat.
Berpuasa bulan Ramadhan.
Menunaikan Haji bagi yang berkuasa.

Jawapan: Huraian Rukun Islam ialah
Mengucap Dua Kalimah Syahadah: Suatu pengakuan tentang adanya Allah dan keesaanNya, dan satu pengakuan tentang kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Solat lima waktu ialah: Ibadat yang mengandungi perkataan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Ia wajib ditunaikan lima waktu iaitu: Zuhur, Asar, Maghrib, Isya' dan Subuh.

Mengeluarkan Zakat: Ibadat dengan cara mengeluarkan sebahagian harta yang tertentu, diberikan kepada orang yang tertentu, dengan syarat tertentu. Zakat tersebut ialah Zakat Fitrah dan Zakat Harta.

Berpuasa bulan Ramadhan ialah: Ibadat dengan cara menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ia wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan.

Menunaikan haji bagi yang berkuasa: Ibadat yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup ke atas orang yang mampu, dengan syarat tertentu dan pada waktu yang tertentu.

Soalan L2.3:
Terangkan kepentingan Rukun Islam bagi setiap muslim.
Jawapan:
Rukun Islam adalah perkara sangat penting yang wajib dilaksanakan supaya seseorang itu menjadi muslim yang sejati. Ibadat-ibadat yang terkandung dalam rukun Islam itu menghubungkan manusia dengan Allah dan manusia sesama manusia.