Sunday 20 December 2009

Sunday 13 December 2009

Ulang Tahun Ke-2

Hari ini 13 Disember 2009, genaplah 2 tahun perkhawinan aku. Tidak ada apa-apa sambutan yang dibuat. Cuma 'wish' saja.

Friday 11 December 2009

Hikmah Disebalik Pergantian Tahun

Hari demi hari berlalu. Demikian juga minggu, bulan, dan tahun. Kita, baik sebagai individu maupun masyarakat , dalam hari-hari yang berlalu itu, sentiasa mengisi lembaran-lembaran yang setiap tahun kita tutup untuk kemudian kita buka kembali dengan lembaran baru pada tahun berikutnya. Lembaran-lembaran itu adalah sejarah hidup kita secara amat rinci, dan itulah kelak yang akan disodorkan kepada kita - sebagai individu dan masyarakat - untuk dibaca dan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah pada Hari Kemudian nanti.

Bacalah lembaran (kitabmu), cukuplah engkau sendiri hari ini yang akan melakukan perhitungan atas dirimu (QS 17:14). Engkau akan melihat setiap umat berlutut, setiap umat diajak untuk membaca kitab amalan (sejarahnya) (QS 45:28).

Al Quran adalah buku pertama yang menegaskan bahawa bukan hanya individu, tetapi juga bangsa dan masyarakat, mempunyai hukum-hukum dan prinsip-prinsip yang mengarahkan dan menentukan keruntuhan dan kebangkitannya. Masyarakat terdiri dari individu-individu , dan manusia sebagai individu mempunyai potensi untuk mengarahkan masyarakat dan diarahkan olehnya. Karena itu, manusia sebagai individu dan manusia sebagai kelompok masyarakat bertanggung jawab atas dirinya dan atas masyarakatnya. Dari sinilah lahir apa yang dikenal dalam istilah hukum Islam sebagai fardhu ain dan fardhu kifayah.

Tuhan tidak mengubah keadaan suatu masyarakat , sebelum mereka mengubah (terlebih dahulu) sikap mental mereka (QS 13:11). Begitu bunyi sebuah ayat yang menafikan secara tegas ketentuan ekonomi sejarah dan secara tegas pula menempatkan sikap terdalam manusia sebagi faktor penentu kelahiran sejarah. Dari sini dapat difahami, mengapa para Nabi memulai langkah mereka dengan menanamkan kesedaran terdalam itu dalam jiwa umat. Dari mana Anda Datang? Kemana Anda menuju? Bagaimana alam ini mewujud dan ke arah mana ia bergerak? "Semua dari Allah dan akan kembali kepada-Nya" dan "Akhir dari segala siklus adalah kembalinya kepermulaan", demikian para sufi dan filosof Muslim merumuskan.

Itulah kesedaran pertama yang ditanamkan pada manusia. Kemudian disusul dengan kesadaran jenis kedua, yaitu kesadaran akan kemanusiaan manusia serta kehormatannya. Ruh Ilahi dan potensi berpengetahuan yang diperoleh makhluk ini dari Tuhan, mengundangnya untuk memanusiakan dirinya dengan jalan mengaktualkan pada dirinya sifat-sifat Ilahi sesuai dengan kemampuannya. Dan kesadaran ketiga yang ditanamkannya adalah kesadaran akan tanggung jawab sosial.

Mengapa kalian tidak berjuang di jalan Allah, sedangkan kaum lemah tertindas, baik lelaki, wanita, maupun anak-anak bermohon agar mereka dikaruniai penolong dan pelindung dari sisi Allah, demikian pesan Al Quran surah Al Nisa ayat 75.

Ayat diatas mengandungi dua nilai kerohanian, yakni keniscayaan berjuang di jalan Allah dan tanggung jawab melindungi kaum lemah.

Perjuangan yang dilakukan karena Allah dan yang digerakkan oleh nilai-nilai suci itulah yang memajukan umat manusia dan peradabannya sekaligus mengukir sejarahnya dengan tinta emas.

Nah, kalau manusia atau masyarakat mampu mengisi hari-hari yang berlalu dalam hidupnya atas dasar kesedaran di atas, maka disanalah dia dapat memperolehi kebahagiaan abadi. Dalam hal ini Al Quran menegaskan: Mereka itulah yang akan menerima lembaran sejarah hidupnya dengan tangan kanannya (QS 17:71).

Quraish Shihab
dikutip dari buku "Lentera Hati": Kisah dan Hikmah Kehidupan", oleh M. Quraish Shihab, Penerbin Mizan, Maret 1995

SIAPAKAH MUSLIMAH?

Perempuan begitu penting dalam kehidupan lelaki...Jika tidak Allah SWT tidak akan menjadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri nabi adam As sendiri utk memenuhi rasa sunyinya yang keseorangan disyurga. Malahan perempuan juga begitu beerti bagiseorang lelaki kerana tanpa perempuan hidup seorang lelaki tidak akan sempurna dan tidak akan bertambah umat nabi muhammad SAW dimuka bumi ini..
Dalam bentuknya yang lemah kerana kejadiannya drp tulang rusuk yang bengkok itu , adakalanya sukar dibentuk dan hanya hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi sahaja membimbingnya kearah kesempurnaan.Ini adalah hakikat dan perlu diakui setiap orang perempuan.Justeru itu tidak perempuan menjadi wali dan sebagainya malahan 2/3 daripada perempuan itu adalah penghuni neraka .Jadi terserahlah keadilan Allah
terhadap kejadian seorang muslimah yang lemah .Namun begitu Allah memberi kelonggaran dalam soal-soal ibadah ,Cukup dengan bersyahadah , menunaikan solat dan berpuasa.Mereka juga tidak perlu berjemaah utk mendapat pahala solat berjemaah , cukup sekadar mendidik anak 2 dan redha dengan pemberian suaminya.Perempuan juga tidak akan disentuh api neraka jika ikhlas berkhidmat kepada suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan harta suami nya. Ini jelas membuktikan
betapa kasihnya Allah SWT kepada hambaNya yang bergelar gadis , perempuan , wanita isteri ibu dan sebagainya….

Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahawa kedudukan perempuan adalah dibelakang lelaki sebagimana FirmanNya yan gbermaksud "Lelaki itu menjadi pemimpin bagi perempuan , sebab allah melebihkan mereka dari yang lain" Namun tidak bermakna muslimah hanya menjadi penurut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian dan pegangan pendapat dan lain-lain..Jauh tersembunyi , permpuan sebenarnya dianugerahkan dengan
kuasa pengaruh yang jika digunakan secara tepat , lelaki bersedia menurut segala kehendaknya dan memberikan segala haknya . Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaaan kepada apa yang diingini iaitu wanita -wanita ,anak-anak harta2 yang banyak dari jenis emas , perak , kuda pilihan ,binatang -binatang ternak dan sawah ladang"….(surah Al Imran) Sabda
Rasulullah SAW terhadap besarnya peranan muslimah ialah "Perempuan itu tiang negara , jika baik kaum perempuan di sesuatu negara itu , maka baiklah negara itu"

Disamping itu kehebatan muslimah dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi..Tidak ada muslimah yang tidak mahir dalam seni ini..Contohnya napolean Bonarparte pernah membatalkan misi peperangan hanya semata-mata dirayu oleh Josephine.Oleh kerana besar dan hebatnya kuasa pujuk rayu perempuan, perlulah ia ditalakan dengan cara yang betul agar tindakan kaum lelaki setara dengan kehendak Allah dan Rasulnya..Lihat apa yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah terhadap rasulnya SAW tatkala baginda mengigil-gigil ketakutan setelah didatangi oleh malaikat Jibril di gua Hira' .. Beliau berjaya mententeramkan Baginda hingga bagunlah semangat rasullullah SAW untuk meneruskan perjuangan….

Doa merupakan permintaan hamba kepada tuhannya , Maka Allah telah menyatakan bahawa doa seorang perempuan lebih makbul daripada kaum lelaki kerana sifat penyayang lebih kuat .Hakikat ini terdapat dari sebuah hadis nabi yang bermaksud" Doa ibu itu lebih cepat makbul"
seorang bertanya Kenapa ya rasullullah SAW ?? Jawab baginda : Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa drp org yang penyayang tidak akan tersia-sia..Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua permasalahan.Orang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi oleh Allah.Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya dipelihara serta dirahmati Nya sentiasa….
Firman Allah yang bermaksud "Allah menjadi pembela kepada mereka yang bertaqwa"..Kuasa ketaqwaan iini lebih mudah diperolehi oleh perempuan
berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah penjara daripada melakukan hal2 yang mendatangkan dosa.Berbanding lelaki yang sebahagian besar dari hidupnya dihabiskan diluar serta terdedah kepada pelbagai godaan , cubaan dan ujian.
Demikian antara kuasa perempuan yang tidak dapat disangkal hakikat sebenarnya. Kekuasaan ini pula disokong oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah sehinggakan setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirup udara ini atau dalam ertikata lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam AS …. Sekuat2 lelaki ,kuat lagi kaum muslimah kerana lelaki sendiri datang nya dari perut wanita yang menghamilkan nya dalam bentuk janin seterusnya melahirkan kedunia dalambentuk bayi , kemudian menatih mendidik memelihara hinggalah anak itu menjadi dewasa .Akan tetapikemuliaan muslimah itu akan lebih nyata jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak sebagaimana maksud hadis "Perempuan yang taat akan suaminya , semua burung diudara Ikan diair , malaikat dilangit , matahari dan bulan semuany aberistigfar baginya selagimana dia masih taat pada suaminya dan diredhai nya serta menjaga solat dan puasanya"

Jikalau demikian tinggi dan hebatnya kemuliaan perempuan , wajiblah dipelihara dengan sebaik2 nya kerana sekali Allah cabut kemuliaan itu perempuan itu akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih layak baginya kecuali neraka…. Sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah SAW semasa isra' dan mikraj bahawa ahli neraka adalah perempuan….
Justeru itu ingatlah wahai muslimah ………..Jadilah seperti Ummul Mukminah yang tak kenal erti kesenangan…Buktikanlah tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia………….

Sekian……….

Sunday 7 June 2009

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Aspek penting dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

i. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu.

ii. Potensi individu yang ingin dicapai adalah secara menyeluruh dan bersepadu.

iii. Mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

iv. Pendidikan adalah melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.

v. Rakyat yang berpendidikan diharapkan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap rmonian dan kemakmuran asyarakat dan negara.

Monday 1 June 2009

Apakah konsep kendiri

"Konsep kendiri adalah semua persepsi anda terhadap diri anda sendiri, dari segi kebolehan, kesukaan, personaliti, kemahiran dan lain-lain lagi tentang anda".
"Apabila maklumat yang anda terima bertentangan dengan konsep kendiri anda, anda menjadi cemas, bimbang, begitu juga dengan orang lain yang menerima maklumat yang berlawanan".
Konsep kendiri positif
Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi merupakan pelajar yang berminat dan bermotivasi untuk belajar serta mempunyai matlamat kerjaya untuk masa hadapan. Pelajar juga melihat diri mereka sebagai orang yang berkebolehan dan mahukan kepuasan dalam membuat keputusan kerjaya.
Kelebihan konsep kendiri tinggi/positif
1. Dapat menilai diri mereka dengan positif dan percaya bahawa mereka lebih cekap/berkebolehan.
2. Bertindak dengan positif.
3. Memikul tanggungjawab.
4. Menahan perasaan kekecewaan dengan baik.
5. Rasa dapat mempengaruhi persekitaran.
6. Berasa bangga dengan perlakuan sendiri.
7. Pencapaian gred yang tinggi.
8. Lebih bersedia menerima risiko.
9. Menerima diri dengan lebih positif.
10. Menghargai diri sendiri serta menyedari kekuatan & kelemahan diri.
Kesan negatif konsep kendiri/Penghargaan kendiri yang rendah dan negatif
1. Mereka cenderung untuk merasa bersalah.
2. Takut kepada kegagalan.
3. Sering merasa bimbang dan cepat berkecil hati.
4. Ada kaitan dengan pencapaian akademik yang rendah.
5. Tidak gemar kerja yang mencabar.
6. Kurang keyakinan dan kebolehan untuk membuat tugasan yang lebih mencabar.
7. Kurang berminat untuk mendapatkan maklumbalas.
8. Melihat diri sebagai orang yang kurang menarik dari segi personaliti.
Konsep kendiri rendah
1. Mudah rasa kecewa.
2. Sering menyalahkan orang lain kerana kesalahan diri.
3. Mengelak situasi yang sukar.
4. Terdapat kaitan antara gangguan dalam pemakanan dengan konsep kendiri yang rendah.
5. Mudah mengikut orang lain.
Hubungan antara konsep kendiri dan penghargaan kendiri dengan ibu bapa
1. Pelajar yang mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi mendapat sokongan daripada ibu bapa mereka iaitu ibu bapa sentiasa mengambil tahu dan mengambil berat tentang pelajaran mereka.
2. Remaja yang mempunyai hubungan yang rapat dengan ibu bapa mempunyai penghargaan kendiri tinggi.
3. Terdapat korelasi yang kukuh antara dimensi-dimensi tingkah laku menyokong ibu bapa (seperti kemesraan fizikal, sikap menyokong, keakraban, hubungan yang berkekalan) dengan penghargaan kendiri remaja.
4. Penghargaan kendiri remaja berkait rapat dengan corak perhubungan dalam keluarga dan juga korelasi yang positif antara penghargaan kendiri yang tinggi dengan gaya ibu bapa yang autoritatif.
5. Minat, galakan dan sokongan ibu bapa terhadap anak merupakan penentu penting bagi penghargaan kendiri.
6. Semakin remaja merasakan perlakuan mereka dikawal oleh ibu bapa, semakin rendah penghargaan kendiri mereka. Anak perempuan lebih bergantung kepada ibu bapa dalam mengukuhkan penghargaan kendiri.
Membina konsep kendiri
Terdapat kanak-kanak menahan diri daripada menuju ke arah yang mereka inginkan melalui perkataan atau bahasa yang digunakan seperti "saya jahat" atau tidak berguna dan sebagainya. Kita boleh membantu anak sedar bahawa bukan diri mereka yang "jahat" atau tidak berguna, tetapi perlakuan yang khusus sahaja.
Hubungan dengan orang lain memainkan peranan yang penting dalam pembentukan konsep kendiri anak. Sebagai contoh jika anak gagal mendapat kawan, ini boleh menjejaskan konsep kendiri mereka. Menerang tentang diri seperti matlamat, nilai, kekuatan dan kelemahan, gaya hidup dan lain-lain. Fokus kepada pengenalan diri dan mempunyai idea bahawa "saya bangga menjadi saya".
Anak menyedari tentang anggota badan boleh membantu dalam pembentukan konsep kendiri untuk mengetahui mengenai diri, anak perlu sedar perasaan diri, tahu mimik muka sendiri, bagaimana ia bergerak, relaks, mesej-mesej anggota badan.
Aktiviti untuk menunjuk arah tujuan diri, tentang apa yang ingin dicapai dan siapa yang mereka mahu jadikan contoh. Apakah matlamatnya dan pelan tindakannya ?

Sunday 31 May 2009

beristinjak

Soalan L4.1:
Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan menggunakan batu.
Jawapan:
Menyapu qubul dan dubur dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga biji batu atau bahan yang kesat sehingga diyakini bersih.
Soalan L4.2:
Terangkan bagaimana cara beristinjak dengan air?
Jawapan:
Membasuh qubul dan dubur dengan air mutlak sehingga diyakini bersih