Friday 11 December 2009

SIAPAKAH MUSLIMAH?

Perempuan begitu penting dalam kehidupan lelaki...Jika tidak Allah SWT tidak akan menjadikan Hawa daripada tulang rusuk kiri nabi adam As sendiri utk memenuhi rasa sunyinya yang keseorangan disyurga. Malahan perempuan juga begitu beerti bagiseorang lelaki kerana tanpa perempuan hidup seorang lelaki tidak akan sempurna dan tidak akan bertambah umat nabi muhammad SAW dimuka bumi ini..
Dalam bentuknya yang lemah kerana kejadiannya drp tulang rusuk yang bengkok itu , adakalanya sukar dibentuk dan hanya hikmah dan kebijaksanaan yang tinggi sahaja membimbingnya kearah kesempurnaan.Ini adalah hakikat dan perlu diakui setiap orang perempuan.Justeru itu tidak perempuan menjadi wali dan sebagainya malahan 2/3 daripada perempuan itu adalah penghuni neraka .Jadi terserahlah keadilan Allah
terhadap kejadian seorang muslimah yang lemah .Namun begitu Allah memberi kelonggaran dalam soal-soal ibadah ,Cukup dengan bersyahadah , menunaikan solat dan berpuasa.Mereka juga tidak perlu berjemaah utk mendapat pahala solat berjemaah , cukup sekadar mendidik anak 2 dan redha dengan pemberian suaminya.Perempuan juga tidak akan disentuh api neraka jika ikhlas berkhidmat kepada suami dan keluarganya serta memelihara kehormatan diri dan harta suami nya. Ini jelas membuktikan
betapa kasihnya Allah SWT kepada hambaNya yang bergelar gadis , perempuan , wanita isteri ibu dan sebagainya….

Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahawa kedudukan perempuan adalah dibelakang lelaki sebagimana FirmanNya yan gbermaksud "Lelaki itu menjadi pemimpin bagi perempuan , sebab allah melebihkan mereka dari yang lain" Namun tidak bermakna muslimah hanya menjadi penurut tanpa ada kuasa menyatakan pendirian dan pegangan pendapat dan lain-lain..Jauh tersembunyi , permpuan sebenarnya dianugerahkan dengan
kuasa pengaruh yang jika digunakan secara tepat , lelaki bersedia menurut segala kehendaknya dan memberikan segala haknya . Hal ini ditegaskan oleh Allah dalam firmanNya "Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaaan kepada apa yang diingini iaitu wanita -wanita ,anak-anak harta2 yang banyak dari jenis emas , perak , kuda pilihan ,binatang -binatang ternak dan sawah ladang"….(surah Al Imran) Sabda
Rasulullah SAW terhadap besarnya peranan muslimah ialah "Perempuan itu tiang negara , jika baik kaum perempuan di sesuatu negara itu , maka baiklah negara itu"

Disamping itu kehebatan muslimah dalam pujuk rayu tidak dapat disangkal lagi..Tidak ada muslimah yang tidak mahir dalam seni ini..Contohnya napolean Bonarparte pernah membatalkan misi peperangan hanya semata-mata dirayu oleh Josephine.Oleh kerana besar dan hebatnya kuasa pujuk rayu perempuan, perlulah ia ditalakan dengan cara yang betul agar tindakan kaum lelaki setara dengan kehendak Allah dan Rasulnya..Lihat apa yang dilakukan oleh Saidatina Khadijah terhadap rasulnya SAW tatkala baginda mengigil-gigil ketakutan setelah didatangi oleh malaikat Jibril di gua Hira' .. Beliau berjaya mententeramkan Baginda hingga bagunlah semangat rasullullah SAW untuk meneruskan perjuangan….

Doa merupakan permintaan hamba kepada tuhannya , Maka Allah telah menyatakan bahawa doa seorang perempuan lebih makbul daripada kaum lelaki kerana sifat penyayang lebih kuat .Hakikat ini terdapat dari sebuah hadis nabi yang bermaksud" Doa ibu itu lebih cepat makbul"
seorang bertanya Kenapa ya rasullullah SAW ?? Jawab baginda : Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa drp org yang penyayang tidak akan tersia-sia..Ketaqwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua permasalahan.Orang paling bertaqwa adalah orang yang paling dikasihi oleh Allah.Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya dipelihara serta dirahmati Nya sentiasa….
Firman Allah yang bermaksud "Allah menjadi pembela kepada mereka yang bertaqwa"..Kuasa ketaqwaan iini lebih mudah diperolehi oleh perempuan
berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah penjara daripada melakukan hal2 yang mendatangkan dosa.Berbanding lelaki yang sebahagian besar dari hidupnya dihabiskan diluar serta terdedah kepada pelbagai godaan , cubaan dan ujian.
Demikian antara kuasa perempuan yang tidak dapat disangkal hakikat sebenarnya. Kekuasaan ini pula disokong oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah sehinggakan setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirup udara ini atau dalam ertikata lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam AS …. Sekuat2 lelaki ,kuat lagi kaum muslimah kerana lelaki sendiri datang nya dari perut wanita yang menghamilkan nya dalam bentuk janin seterusnya melahirkan kedunia dalambentuk bayi , kemudian menatih mendidik memelihara hinggalah anak itu menjadi dewasa .Akan tetapikemuliaan muslimah itu akan lebih nyata jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak sebagaimana maksud hadis "Perempuan yang taat akan suaminya , semua burung diudara Ikan diair , malaikat dilangit , matahari dan bulan semuany aberistigfar baginya selagimana dia masih taat pada suaminya dan diredhai nya serta menjaga solat dan puasanya"

Jikalau demikian tinggi dan hebatnya kemuliaan perempuan , wajiblah dipelihara dengan sebaik2 nya kerana sekali Allah cabut kemuliaan itu perempuan itu akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih layak baginya kecuali neraka…. Sebagaimana yang dilihat oleh Rasulullah SAW semasa isra' dan mikraj bahawa ahli neraka adalah perempuan….
Justeru itu ingatlah wahai muslimah ………..Jadilah seperti Ummul Mukminah yang tak kenal erti kesenangan…Buktikanlah tangan yang menghayun buaian mampu menggoncangkan dunia………….

Sekian……….

No comments:

Post a Comment